Saturday 6 August 2011

Malam oh Malam

Bila terpaksa berjaga malam kerana mencari rezki, barulah diri ni tahu erti nikmat tidur diwaktu malam.
Bagaimana pun kini situasi tu telah berubah sempena bulan ramadhan yang menjelma, aku percaya tentu ramai umat islam yang berjaga malam merebut peluang memperbanyakkan amal ibadat.

Harapnya terus la begitu, semakin hampir ke penghujung ramadhan semakin kuat keazaman beramal, tapi biasanya sepuluh hari terakhir, surirumah sering memenuhi waktu dengan kuih muih, menghias dan mengemas rumah, tinggal la kaum bapa je yang berpeluang terus mengerjakan ibadah. Marilah kita ubah segala kebiasaan tu kerana sepuluh malam terakhir itu lah saat yang dinantikan seluruh umat islam. Malam seribu ganjaran pada mereka yang bertuah menemuinya. Bukan calang2 orang yang ada rezki tu. Moga kita semua tergolong dalam insan yang bertuah itu adanya. insyaallah.

No comments:

Post a Comment