Monday 28 November 2011

Cinta tak Mengenal Siapa - part 6

CINTA TAK MENGENAL SIAPA PART 6

13/12/2007

Hari ini Hasriq dan Fariesya tak bersua, hanya mendengar suara dalam keterbatasan kerana keadaan tidak mengizinkan. Dalam diam hati Hasriq bersyukur kerana situasi ini mengizinkan hati lelakinya merasai erti rindu, belajar menangani gelojak perasaan dan mengawal emosi yang kian tak mampu dibendung dari semakin ketara. Timbul rasa bimbang dihatinya andai ada diantara rakan setugas yang dapat menghidu perasaannya terhadap Fariesya yang amat menyesakkan dadanya. Itu yang terbaik untuknya tika ini.

“Fariesya, hatiku tetap merinduimu, entah bila cinta ini wujud, yang ku tahu, ku mencintaimu” hati Hasriq merintih.

14/12/2007

“Hasriq! Segalanya terasa manis dan indah bila dirimu hadir disisi, rasa kasih terus mekar subur dihati ku, sukar untukku memujuk hati untuk berhenti mencintaimu”

Hati Fariesya berkata-kata sendiri, pipinya kemerahan setiap kali perasaan bahagia muncul di mindanya. Serba tak kena bila Hasriq ada begitu hampir. Ingin disentuh jemari sasa itu namun kewarasan menahan tingkahnya. Tiba-tiba Hasriq yang berlalu disisinya menggengam jejari nya dan menarik tangan Fariesya kea rah meja nya di dalam pejabat. Fariesya tergamam dan hanya menurut. Sesekali matanya melirik kea rah wajah Hasriq yang selamba tanpa sedikit pun riak bersalah.

Setibanya di meja, Hasriq melepaskan gengaman tangannya dan menarik kerusi mempersilakan Fariesya duduk. Fariesya yang masih kebingungan kehilangan kata-kata dan hanya memandang wajah Hasriq dengan beribu soalan difikiran. Hasriq pula duduk bertentangan dengan Fariesya dan sambil tersenyum dia berkata:

“Relax la awak, saya dah panggil awak lebih 5 kali tapi awak tak jawap, mungkin sibuk angankan tentang saya kot. Maaflah buat awak terkejut sebab pegang tangan awak ke sini tadi”

Fariesya kembali kea lam nyata. Cepat-cepat dia membetulkan duduk dan mengalihkan pandangannya dari terus menatap wajah Hasriq. Aduh… terkantoi plak. Malu nyer….

“eh! Mana ada saya berangan, jangan nak perasan plak saya nak ingatkan awak. Terkejut dah tentu la… suka-suka awak je nak pegang-pegang tangan saya”

“Alaah bukan selalu saya dapat peluang pegang jemari awak yang runcing tu, kulit pun halus je macam kulit baby, tu sebab saya tak tido malam teringatkan awak”

Hasriq ketawa sambil mengenyitkan matanya pada Fariesya. Serta merta wajah Fariesya semakin merah tersipu malu. Hasriq serius semula dan dia menerangkan tujuannya meminta Fariesya disitu, Dia ingin membincangkan mengenai kerja dan cadangan untuk tugasan yang diberikan oleh ketua mereka untuk melancarkan operasi syarikat. Itulah yang mengagumkan Fariesya tentang Hasriq, dia tahu bila waktu serius dan bila waktu bersantai. Dia juga tegas dalam setiap tugasan dan percaya dengan kemampuan dirinya.

No comments:

Post a Comment