Tuesday 9 August 2011

Betapa Berharganya Muslimah



Kaum Feminism mengatakan susah menajdi wanita muslimah, dengan berbagai dalil berikut ini:
1.Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak dari pada lelaki).
2.Wanita perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya.
3.Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan sakitnya melahirkan anak.
5.Wanita wajib taat pada suaminya , sementara suami tidak perlu taat kepada isterinya.
6.Talak terletak di tangan suami dan bukan di tangan isteri.
7.Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan para wanita muslimah melihat sebaliknya:
1.Sesuatu yang mahal harganya dan sangat bernilai tentu akan disimpan dan dijaga sedemikian rupa
Cuba bayangkan, sudah sepatutnya intan permata tidak akan dibiarkan merata-rata kan? Begitu juga dengan wanita yang di jaga dengan hijab (jilbab).
2.Wanita memang perlu taat kepada suami, tetapi tahukah anda lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya.
3.Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki, tetapi tahukah anda bahwasanya harta yang diterima wanita adalah mutlak milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anaknya.
4.Wanita perlu bersusah payah melahirkan seorang anak, tetapi bukankah saat itu ia akan di doakan seluruh makhluk dan malaikat,
dan tahukah anda kalau ia meninggal kerana melahirkan maka syahidlah balasannya dan surga menantinya.
5.Di akhirat kelak, seorang pria akan bertanggung jawab terhadap 4 wanita yaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya,dan saudara perempuannya,
ertinya seorang wanita di akhirat kelak akan diitanggung oleh suami,ayah, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Tidakkah itu kebahagian untuk anda?
6.Seorang wanita boleh memasuki pintu surga yang ia kehendaki, cukup dengan 4 syarat saja: solat 5 waktu, puasa ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.
7.Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah , sedangkan wanita apabila ia taat pada suaminya dan menunaikan tanggung jawabnya pada Allah maka ia akan mendapat pahala yang sama seperti pahala suaminya yang berjihad.

Berbahagialah wahai, saudariku muslimah, jangan risau hanya untuk pengiktirafan yang tak masuk akal dan semua di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya surga Allah akan menantimu.

Moga kita semua mendapat hikmah darinya dan bersyukur.

No comments:

Post a Comment