Wednesday 20 July 2011

Untuk insan tersayang

Salam Sayang....
Seringkali hati kecil saya mengadu sakit,
seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa,
kadangkala menewaskan semangat yang ada...

Kadangkala saya berasa sendirian dan terasa betapa dipinggirkan.
Ketika saya menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang terlihat hanyalah kesuraman
Lantas hati saya merasa marah…,
Saya kecewa dengan ketentuan yang diciptakan.
Saya menyalahkan takdir dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu saya hilang pertimbangan,
Saya hanya nampak jalan mudah untuk diri ini,
lalu terpilih jalan salah sebagai penyelesaian.
Namun tiba tiba saya tersedar,
Awak sentiasa ada menemani,
Meminjamkan bahu untuk saya bersandar,
Mendengar dengan penuh sabar keluh kesah yg beraja dihati dan minda saya,
Sungguh saya bertuah, terimakasih awak.

Pernah sekali saya cuba memahami alam
Mengapa pelangi hadir selepas hujan?
Mengapa bunga tumbuh selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam,
apabila disirami hujan lantas berbunga cantik.
Maka indah lah alam.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Saya mendapat jawapannya dalam kekalutan.

KERANA tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran.
Contohnya pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian hadir selepas hujan.
Saya putuskan,
Biarlah hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.
Biarlah rindu terasa lara, pasti ada kasih sayang yang membara,
Terimakasih kerana kenalkan saya pada cinta,

 


No comments:

Post a Comment