Monday 5 December 2011

Surah yang patut kita amalkan.

:: ♥ 10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah SWT ♥ ::

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sebagai hambanya kita berusaha untuk yang terbaik, allah yang tentukan segala yang terbaik pada hambanya. Jika menerima musibah buruk, berlapang dadalah kerana pasti ada nikmat yang lebih besar menanti bila semuanya telah berakhir.

Kita selalu bertanya kenapa? Mengapa? segala yang kita mahukan tak pernah nak dapat, kita selalu terlupa, yang kita mahukan sesangat tu sebenarnya tak baik untuk kita. Kalau pun kita sedar ianya tak mendatangkan kebaikkan, kita lebih rela menipu akal fikiran waras sendiri meneruskan niat kita.

Bila terjadi sesuatu yang tak kita suka dan ingini kita lebih gemar mencari cara untuk menyalahkan orang lain sedangkan di sudut hati, kita ni amat tahu yang diri kita bersalah.

Jalani setiap saat hidup ini seperti kita takkan ada waktu lagi berbuat apa2. Muhasabah diri selalu, adakah kita telah melakukan perkara yang menmanafaatkan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sesungguhnya allah maha tahu.

No comments:

Post a Comment