Wednesday, 15 June 2011

Drama Korea melanda rumahku

Baru berjinak2 nak belajar menulis blog, so hentam sajelahkan, tulis je apa yang ada difikiran....

Dari hari ke hari ku telah jatuh cinta dengan drama korea, termasuklah anak-anak ku, hubby pun surrender, asalkan nak tengok tv dah tentu kena berebut-rebut. Terpaksalah hubby mengalah tengok la tv dalam bilik yang reception tak berapa nak ok, yang ada bintik2 semut bebanyak....sabar je la kan.

di mulai oleh kisah Three sisters yang menceritakan tentang kekeluargaan, kecurangan, nilai hormat pada insan lebih tua dan pengorbanan wanita2 yang bergelar isteri terhadap suami mereka, diselang selikan babak-babak hangat bercinta dan pemandangan indah. tak sangka drama korea romantic dan menyentuh jiwa dengan caranya sendiri. Apa yg menambah menariknya selain dari jalan cerita yang buat penonton tertunggu2 episod akan datang, hero dan heroinnya juga amat cantik dan handsome. kulit mereka mulus tanpa cela. alangkah bestnya klau memiliki kulit wajah seperti itu. (berangan dan tersengih2 sendiri)



Disambung pula kisah 49 days, pengembaraan alam roh pada insan yang koma kerana kemalangan jalanraya. Mungkinkah perkara begini berlaku, mitos atau sekadar hiburan, tidaklah daku pasti. Namun apa yang pasti, lelaki2 yg berlakon dalam drama tu, x kisah pun menitiskan airmata. Bukankah lelaki AMAT pantang kelihatan dengan airmata. Mengapa mereka itu semua tidak pun kurang tahap macho mereka dimata kami penonton nie tengok airmata mengalir seperti sungai. hahaha....malahan ekspresi wajah mereka amat menyakinkan betapa jiwa mereka bergolak dengan kesedihan atau kekesalan. klau di Malaysia nie rasanya Jalaludin hassan je penah tgk dalam drama menitiskan air mata tapi x lah sampai mengalir2 kat pipi. hahahaha....




Tu lum lagi di jamu dengan tarian2 seksi, skirt2 pendek, lintuk liuk tubuh penyanyi perempuan berkumpulan mereka setiap kali K-Pop countdown. Bleh meleleh ayaq liuq bak kata kakak sebelah rumah tu. paling kurang ahli 4 orang, paling ramai Girls Generation sampai 9 orang U. x yah susah2 upah penari, menyanyi pun x susah, sorang sebaris lirik je. ahaks.... Klau yang lelakinya pula sama juga, muda2, pandai menari, handsome, mana tak ramai yang minatnya... tapi satu yang amba nie perasan sangat, fesyen diorang pelik2 la. mesti ada aksesori, lelaki pun pakai make up, kaw kaw punya. org yang menulis nie pun takat calit lipstick je kat bibir...lebih2 x dak nooo...



Hermmm.....bila la agaknya demam nie nak over kan

No comments:

Post a Comment