Saturday, 18 June 2011

Coretan suka - suka

Bilakah akan ada noktah pada perhubungan yang tidak pasti ini,
Apakah haknya menuntut aku untuk memujuk rajuk hatinya,
Aku tak melakukan kesalahan besar,
Cuma tidak dapat menemani menikmati makan tengahari.
Patutkah aku merayu atau memujuk. Itu kata hati,

bagaimana pula kata fikiran warasku.
Sememangnya kita tiada apa2 pertalian,
Semua yang berlaku telah pun berlaku,
Aku pun telah diberi kata noktah,
Bahawa segalanya sampai disini,
Untuk kebaikkan bersama,
Mengapa aku masih berdegil ingin meneruskan,
Jika hati masih sayang sekalipun aku masih punyai maruah,
Setelah dicampak tak mungkin aku patut menerima kembali,
Apakah aku rela diri diperalatkan,
Memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan,
Yang lebih mulia dihatinya.
Adakah aku dihormati seperti mana dia dihormati.
Realitinya memang dia berhak.

Itu semua hanya mimpi indah bisikan nafsu,
Sememangnya sifat manusia tidak pernah puas,
Setelah memiliki sesuatu tidak pula pandai menghargai,
Masih mengejar warna pelangi yang tidak menjanjikan apa2
Hanya kealpaan yang membinasakan.

Sehingga bilakah akan ku temui noktah gelora di jiwa,
Sehingga bilakah aku ingin terus menyiksa hatiku,
Sehingga bilakah aku akan sedar bahawa permata telah pun kumiliki,
Sehingga bilakah aku akan terus terpesona dengan kilauan kaca.
Sehingga bilakah aku akan sedar bahawa semuanya telah terlambat,
Aku telah kehilangan semuanya, dan tika itu tiada yang bernilai lagi

No comments:

Post a Comment