Thursday 18 August 2011

Tiap saat nyawa dalam bahaya


Beginilah risiko yang mesti ditanggung oleh seorang polis trafik dalam menjalankan tugas mereka sehari-hari. Seorang doktor pernah berkata pada saya, pembedahan seperti orang yang memandu. Setiap kali kenderaan bergerak, setiap kali itulah ada nya risiko kemalangan. cuma peratusnya teramat sedikit. Bergantung pada nasib seseorang itu.

Jika diteliti sebenarnya dalam hidup ini banyak perkara yang berisiko kita semua ambil mudah, contohnya memasang lilin ketika terputus bekalan eletrik, membenarkan anak-anak bermain mercun tanpa pengawasan. Memandu tanpa mengikut undang-undang jalanraya dan secara merbahaya. Membenarkan anak-anak bergaul tanpa batasan. senarai yang tak pernah abis.  Yang menghairankan saya, setiap perayaan besar majoriti rakyat negara ini terdapat mercun, tapi mengapa hanya perayaan Hari Raya sahaja berlaku kemalangan, tak pernah kah rakyat malaysia ini terutamanya kaum melayu ambil ikhtibar dari kejadian-kejadian yang berlaku setiap tahun.

No comments:

Post a Comment