Wednesday 13 July 2011

Sedikit Tips Pemanduan

Salam.

Di negara kita yang tercinta nie memang kerap hujan kan. namun begitu pemandu Malaysia sekarang ni dah banyak kemajuan dan mematuhi beberapa tips yang boleh menyelamatkan nyawa.

Berikut ni tips yang saya selalu praktikkan semasa memandu dan ianya banyak membantu. Cubalah! moga ianya juga membantu pemanduan anda.

1. Nyalakan lampu waktu memandu dalam hujan, tujuannya ialah untuk membenarkan pemandu lain mudah melihat anda. jangan sesekali mengunakan lampu kecemasan kerana ia akan mengelirukan pemandu lain dan boleh mengakibatkan kemalangan.

2. Ada sesetengah kenderaan mempunyai fungsi "Auto cruise". Di waktu hujan elakkan pengunaan fungsi ini kerana kenderaan anda bergerak dalam kelajuan yang sekata dan berada di atas jalan raya kelajuan itu  bergerak seperti kapal terbang yang ingin berlepas dari landasan. Kemungkinan anda akan mengalami kemalangan dan kenderaan anda terbalik seperti kura-kura dengan ke-empat tayar ke atas. Ini berlaku kerana tayar kenderaan anda terangkat dari mencecah permukaan jalan raya dan momentum kelajuannya semakin bertambah.

3.Ketika hujan lebat, selalunya pemandu akan on viper pada kelajuan maximum tapi jarak penglihatan masih tidak jelas. Gunakanlah cermin mata hitam anda. Ianya telah terbukti, jarak penglihatan akan lebih jelas kerana titisan air tidak pecah dan cermin tidak kelihatan kabur. tips ini juga boleh dilakukan waktu pemanduan waktu malam. saya telah pun cuba dan ianya membantu jarak penglihatan saya memandu ketika hujan.

Selain dari ni saya juga amalkan beberapa tips untuk menjimatkan petrol. maklum le harga asyik naik je. Ianya satu keperluan plak untuk segala tugas harian kitakan.

1. Isilah petrol pada ketika waktu cuaca sejuk contohnya malam atau waktu pagi, anda akan dapat liter petrol anda lebih dari bila diisi waktu cuaca panas. Ini kerana cuaca panas petrol yang kita isi kat atngki kete tu meluap jadi gas.

2. Pastikan angin tayar kereta anda sentiasa ok. ini kerana angin tayar yang kurang kereta akan menjadi berat dan banyak mengunakan petrol.

3. Elakkan melakukan perjalanan yang dekat-dekat. Banyak guna petrol gak nih.

4. Elakkan dari memandu dengan kelajuan yang tak konsisten dan kerap membrek. Semua org tau klau sedang laju brek tetiba memang akan menyusutkan petrol. Klau nak stop kat traffic light ke tu, biarlah jauh lagi dah start lepaskan pedal minyak dan cuma tekan ckit je brek bila nak berenti.

5. Jika memandu laju contohnya kat highway adalah lebih menjimatkan minyak jika pasang aircond dan tutup tingkap. Ini kerana kadar rintangan angin berkurangan.

6. Last but not least, pastikan panas enjin kereta anda seketika sebelum memulakan perjalanan namun tak perlulah terlalu lama.

So hopefully kita semua dapat berjimat, jaga keselamatan dan berhemah di jalan raya.




No comments:

Post a Comment