Monday 11 July 2011

Perasaan Oh Perasaan

Dalam seminggu dua nie, hati selalu rasa tak puas hati, perasaan pulak bercampur baur, marah, geram, benci dan seribu satu rasa lagi lah kan. tapi paling mengamit perasaan nie perbuatan seseorang yang sangat melukakan hatiku. aku terlupa macam mana nak memaafkan dan melepaskan perasaan yang terbuku. Cukup derita bila ia terpendam di dasar hati. tak habis-habis aku memikirkan mengapa insan nie tak pernah serik dan berubah walau tuhan dah bagi banyak petunjuk. masih tegar menganiaya dan memburukkan orang lain semata-mata nak kelihatan baik dan hebat dimata orang. Teringin juga aku nak bagi pengajaran yang tak boleh dia lupakan sampai bila-bila. Tapi bila difikirkan semula, rasa macam berdendam pula dan nanti tak de bezanya aku dengan dia. huh!

Citer plak tentang hati, entah mengapa kerap sungguh rasa rindu, siapa dan mengapa tak pula ku tahu. boleh sasau dibuatnya, serba tak kena, terasa ada je yang kurang. apa kenalah ngan aku nie. terlebih banyak tengok tv kot. tak pun terlebih baca novel romantik sejak akhir-akhir nie. tu yang sampai tak leh nak bezakan realiti or fantasi. hahaha....

Citer tentang anak dara aku kat umah tu, bleh di harap dah. terasa nikmat sungguh bila dapat merasa air tangan anak sendiri. ikan sambal pun, ikan sambal lah. bleh tahan sedap. sesekali tukar selera tak sedar nasi tambah 2 3 pinggan. mau montel daku klau selalu macam nie...hehehe

Darling ku pula, semenjak dua menjak nie, manja terlebih tapi kuat membebel, naik tebal cuping telinga nie dengar dia berleter. ada je yang tak kena dan nak dibebelkan. ini sudah terbalik kot. selalu perempuan yang suka berleter macam bertih nie..kiranya aku lah tu.. sekarang dah terkenan kat dia plak. huhuhu....sekarang nie aku tau la rasa dan perasaan para suami yang isterinya suke bercakap tak de full stop. kadang-kadang rasa nak sumbat je mulut ngan menda-menda biar diam. huhuhu....maaf ye darling, tegur-tegur sayang tu.

Anyway...sya nak sertakan ckit tips kat sini supaya semua sentiasa sihat, al-maklum lah, sekarang nie cuaca dah tak menentu, senang nak kena penyakit. mari kita kongsi dan manfaatkan info nie yea.

Air Kosong, Penawar Pelbagai Penyakit
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil

No comments:

Post a Comment